Monday, December 6, 2010

Pembakaan

CARA PEMBIAKAN.


Haiwan ini lebih suka bersendiri dan akan bersosial apabila mahu mengawan sahaja. Dalam kalangan pemangsa betina mesti melindungi dalam persediaan menentang sesuatu ketika waktu ini dan Hedgehog jantan,akan mengawan dengan yang muda darinya/kecil sikit. Emak Hedgehog juga
akan makan anaknya jika sarangnya diganggu, kadangkala tukar dan pindah ke sarang baru.

Sebelum membuat keputusan untuk membiakkan Hedgehog, anda harus ambil kira sebab dan mengapa anda berniat untuk membiakkan mereka, yang paling penting siapa mahu menjaga anak yang baru dilahirkan nanti. Perkara ini adalah idea yang tidak bagus iaitu membiakkan Hedgehog hanya sekadar untuk mendapatkan anaknya, anak dan ibunya memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan betina, anda perlu berdepan dengan fakta bahawa personalitinya akan berubah apabila dia bunting dan akan lebih agresiv lagi apabila sesudahnya melahirkan anak.

perkara yang tak best semasa pembiakkan Hedgehog ialah siibu/bapa membunuh anakknya. apabila diganggu apabila baru melahirkan anak, atau dalam minggu kelahiran anak juga dia akan mengakhiri dengan mengorbankan dan membunuh anak-anaknya. Selepas satu minggu, barulah anda boleh meluangkan masa setiap hari untuk menjaga dan bermain dengan anak-anaknya.

Sebelum itu, tanya diri anda berdasarkan soalan ini:

* Adakah saya sanggup untuk bersabar dan tinggalkannya dan anaknya yang baru lahir keseorangan?

* Selepas cukup umur anak itu, cukupkah masa untuk diluangkan bermain bersama naknya setiap hari?

* Anda harus jawab semua soalan ini dengan jawapan "YA" sebelum pergi ke langkah berikutnya...

Jika anda mahu membiakkan Hedgehog, anda perlu pilih ibubapa dengan hati-hati. sepatutnya, kedua-duanya mesti mempunyai ciri-ciri yang hebat, kuat dan sihat. Kedua-dua personaliti ini akan mempengaruhi sifat-sifat anaknya nanti!

Si betina harus 5 - 12 bulan umurnya apabila kali pertama untuk pembiakkan, semakin muda semakin baik. Jika terlalu muda pula, ia akan berlaku kesan teruk dalam organ dalaman. Selepas dia berumur satu tahun, kadar peluang untuk hamil jatuh secara dramatik!

Sebelum anda bawa Si Betina ke sangkar Jantan, (cara ini lebih berkesan) bersihkan sangkarnya, dan buang serta singkirkan rintangan seperti permainan, tiub atau kotak yang menghalang perjalanan mereka. Selepas itu, biarkan mereka selama 7 hari!

Percubaan untuk memikat adalah perkara yang menarik untuk dilihat! Sesudah lama mereka dibiarkan bersama, Si Jantan akan mula berdecit / berbunyi keriut dan nyaring seterusnya mengejar Si Betina keliling sangkar. Si Betina akan melawan dengan tabah dan bertenaga untuk menghalau Si Jantan, mengeluarkan bunyi desis. Dengan tujuan dan keazaman itu, mereka akan bergaduh, tetapi anda jangan risau kerana itu adalah cara biasa. Apabila Si Betina menerima Si Jantan, (betina mengalah) Si Betina akan baringkan durinya....... Tidak semua Jantan akan melakukan ini jika anda melihatnya dan dia akan tunggu anda beredar barulah berjalan proses mengawan. Sebaiknya anda perlu meninggalkannya selepas melihat mereka sebelum mereka mula mengawan untuk berjaya proses membiak!

Selepas 7 hari, kembalikan Si Betina ke sangkarnya, bersih! Walaubagaimanapun, anda perlu mengulangi proses pembiakkan ini selepas satu minggu untuk memastikan Si Betina bunting. Sekali lagi, tinggalkan mereka selama 7 hari seperti kaedah di atas. Jangan tinggalkan Si Jantan di sangkar Betina semasa melahirkan anak. Jika mereka masih bersama, mereka akan memakan anak-anak itu dengan 'selamba' nya!

Adalah penting untuk anda merekod proses ini. Gunakan kalendar/takwim dan tandakan setiap hari semasa mereka bersama.Jangka proses pertumbuhan bayi dalam rahim sekitar 35 hari, jadi tandakan untuk menganggarkan tarikh bakal anak itu dilahirkan. Pembiak yang bagus akan simpan rekod itu, untuk memastikannya dan memberi nama kepada Si Jantan dan Si Betina, umur serta warna mereka! Semua informasi ini sangat berguna kepada anda.

Seperti sedia maklum, tempoh hamil akan berakhir sekitar 35 hari, ada juga melahirkan anak selepas 30 hari dan ada juga sehingga 46 hari. Kebanyakkan 34-36 adalah masa yang normal tempoh hamil. Jika Si Betina tidak melahirkan anak pada tarikh yang dianggarkan, beri dia masa sehingga 11 hari sebelum membuat keputusan pembiakkan ini tidak berjaya.

Anda tahu bahawa Si Ibu perlukan sarang untuk anak-anaknya, jadi anda perlu menyediakan sarang kotak pada minggu pertama. Perlu buat pintu untuk dia masuk dan keluar. Tetapi anda juga boleh buat sendiri dengan menggunakan plastik dan memudahkan untuk kita membersihkannya.

Semasa dua minggu terakhir sebelum kehamilan, tingkatkan kuantiti makanan sedikit. Lihat dia selalu. Bersihkan sangkarnya tiga hari sebelum tarikh yang dianggarkan. Sentiasa prihatin sehingga dia tidak mahu makan. Jika dia tidak makan atau anda terdengar bunyi kicauan seperti burung iaitu anaknya, jangan lihat ke dalam kotak! Pada minggu pertama adalah waktu yang kritikal bagi Si Betina dari sebarang gangguan. Jika diganggu, Si Betina akan memakan atau membunuh anaknya itu. Jika anda ternampak anaknya jatuh dari sangkar pada minggu pertama, jangan menyentuhnya! Bau tangan anda akan membuatkan Si Ibu tidak menerima atau membunuh anaknya. Oleh itu, guna dengan cara yang lembut iaitu gunakan sudu yang bersih untuk mengambilnya dan kembalikan ke sarangnya tanpa pengetahuan ibunya.



Jumlah anak yang dilahirkan dari 1 - 9. Kebiasaanya, hanya tiga ataupun empat. Pada peringkat awal kelahiran, anak itu panjangnya lebih kurang satu inci, buta, bogel serta lengkap bergantung pada ibunya. Apabila lahir, terdapat cecair membran tepu meliputi durinya dan apabila kering, dia akan kecut dalam 6 hingga 12 jam. Durinya mula menusuk. Pada peringkat awal ini, durinya sungguh lembut dan seperti rambut. Duri yang tajam akan tumbuh pada minggu kedua. Apabila menyusu, mereka akan beratur seperti kucing juga anjing. Pertumbuhan anak ini akan cepat pada masa ini. Selepas 4 atau 5 hari, anda akan melihat perubahan saiz yang ketara. Si Ibu akan mengeluarkan bunyi desis supaya anda meninggalkannya. Tinggalkan dia tetapi teruskan melihat dia setiap hari sehingga anaknya berumur tiga minggu. Ingat bahawa makan perlu diberi banyak pada Si Ibu pada masa ini. Juga sentiasa menyediakan air yang bersih.

Apabila umur anak itu sudah menjangkau tiga minggu, maka kita boleh menjaganya. Matanya sudah mula buka dan mereka sudah sampai tahap kanak-kanak akan mula bergerak banyak. Pada masa ini, mereka selalu menjadi bola! Anda sudah boleh memegangnya dengan lembut. Si Ibu mungkin akan berdesis dan melompat ke arah anda apabila anda cuba memegang anaknya itu. Tetapi tidak perlu risau kerana sifat itu menunjukkan bahawa Si Ibu mempunyai ciri-ciri yang baik untuk melindungi ankanya. Ambil Si Ibu dan letakkan di tempat lain untuk sementara waktu. Jangan memegang anak itu terlalu lama kerana Si Ibu akan risau tentang anaknya terutama Hedgehog yang 'friendly'. Apabila sudah lima minggu, barulah anda boleh memegang anaknya selalu tetapi jangan pisahkan mereka lagi. Pada minggu yang ke-6, Si Ibu mula penat untuk menjaga anak-anaknya yang boleh dilihat apabila Si Ibu tidak meluangkan masa yang banyak bersama anak-anaknya iaitu berada di luar sarangnya. Oleh itu, anda perlu asingkan anak-anak ini jantan dengan jantan dan betina dengan betina. Hal ini kerana, mereka akan berlaku proses mengawan. Mereka masih kanak-kanak lagi. Apabila minggu ke-10, set duri matang akan tumbuh. Apabila perkara ini berlaku, warna mereka tidak berubah atau akan berubah pada tengah malam. Warna baru inilah warna terakhir dan tidak akan berubah lagi dan dikenali sebagai warna matang.

3 comments:

  1. terima kasih utk info yg berguna~
    sy ada sedikit pertanyaan, hedgehog pd umur brpkah yang sesuai utk dibeli? sy berminat utk membeli hedgehog, tp masih mencari2 yg mna sesuai dan berkenan di hati... :D

    ReplyDelete
  2. umur nk beli yg elok 5bulan keatas...lg elok dah umur setahun..terus ley pregnant kan..tp sbnr nye umo 6-7bulan pun dah ley biakan,..tp boleh mmbawa maut pd ibu nya

    ReplyDelete
  3. kelakarnya.... mmg senang kan just copy paste info orang buat,,,, 100% plak tu...

    ReplyDelete

myfreecopyright.com registered & protected

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...