Saturday, November 6, 2010

Zaman dah berubah,perempuan??


ini aku petik dari blog mmbe ku

APA YANG LELAKI TIDAK SUKA PADA PEREMPUAN:

Beberapa sikap yang lelaki tidak suka terhadap perempuan saya bawakan untuk renungan kaum hawa dan mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya.Tak pa.Sekadar perkongsian.


1. Emosional- Yes emosional @ sensitif adalah merupakan naluri/ fitrah bagi perempuan.Namun lelaki memang kurang menyukai perangai yang terlalu emosional dan terlalu sensitif.Sikit2 merajuk.Terlalu sensitif menyebabkan pihak lelaki akan merasa jemu dengan perempuan.Tapi sensitif itu saya rasa untuk perhatian.Bermaksud perempuan mencari perhatian dari lelaki.Namun jika melebih2 menyebabkan lelaki bosan terhadap anda.


2. Ego-Lelaki memang tak sukakan perempuan yang mempunyai sifat ego yang tinggi.Sebab kadang 2 ego wanita ini membolehkan mereka membuat keputusan tidak rasional.Dalam memilih pasangan hidup pun, sifat ini juga sangat dititik beratkan oleh pihak lelaki.Lelaki selalu membayangkan rumah tangga akan sentiasa bergoncang dan tahan lama apabila wujud sikap ego.Perempuan akan sentiasa melawan suami ,dan buat kepala sendiri.Awas! sifat ini dinilai oleh lelaki sebelum perkahwinan.


3. Akhlak-
Ini merupakan nilaian yang biasa dilihat oleh geng dakwah.Orang yang memang berkecimpung dengan kerja2 dakwah di kampus mahupun di luar sana cukup mementingkan akhlak pasangan mereka.Rupa paras hanyalah added value sahaja.Jika akhlak kurang elok dengan terbiasanya perempuan mengeluarkan kata2 yang tidak senonoh menyebabkan pihak lelaki mengabaikan perempuan jenis ini.



Inilah 3 item besar yang mungkin boleh dinilai sendiri oleh pembaca sekalian.Dan ini merupakan pandangan peribadi.Jika ada pihak yang merasakan tidak betul apa yang saya ungkapkan maka harap bagi teguran. Sekian.


Saha bin saad RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:


" Bermula sesuatu yang baik (khair) iabrat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya,maka berbahagialah orang yang dijadikan Allah SWT sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak(penghalang) kepada kejahatan.Sebaliknya, celaka(neraka) bagi seseorang yang menjadikan kunci kepada kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan."
-HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH)

0 comments:

Post a Comment

myfreecopyright.com registered & protected

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...